KESELAMATAN KOMPUTER

Assalamualaikum.. Hai jumpa lagi kita pada kali ini.

Pada minggu ini saya belajar berkaitan dengan keselamatan komputer.  Pada kelas kali ini, saya juga mempelajari bagaimana cara untuk menjaga komputer saya. Ia menjadi topik yang agak menarik kerana  ianya berkaitan dengan penyalahgunaan internet yang berlaku dan pencerobohan sistem komputer berkaitan dengan keselamatan dalam menggunakan internet mahupun sesuatu akaun. Saya akan menjelaskan dahulu berkaitan keselamatan komputer di bawah ini.

Keselamatan Komputer :
  • Keselamatan komputer merupakan perlindunagn sistem komputer dan maklumat yang tidak diingini, kerosakan, kemusnahan dan pengubahsuaian.
  • Komputer perlu dilindungi daripada pencerobohan seperti hacker, penggodam, spam, scam dan lain-lain.
  • Maklumat yang kita perolehi melalui email adalah merupakan sesuatu yang bersifat peribadi dan kita tidak mahu orang lain membaca email tersebut dengan menggunakan komputer.
  • Menggunakan komputer juga mereka dapat menyerang sistem komputer yang lain dan mereka dapat meghantaer maklumat palsu ke email kita.
  • Mereaka juga dapat mengetahui maklumat peribadi kita hanya menggunakan komputer sahaja. Oleh itu keselamatan komputer sangat penting kepada kita dalam memastikan maklumat yang kita perolehi tidak mempunyai virus yang boleh mengganggu sistem. 

Saya juga mempelajari berkaitan dengan sabotaj komputer semasa di dalam kelas. 
  • Sabotaj komputer ialah tindakan kemusnahan yang berniat jahat terhadap komputer atau sumber komputer. Ia boleh berlaku dalam bentuk yang berbeza seperti :
    • Botnet
    • Penafian perkhidmatan
    • Virus komputer
    • Malware
    • Trojan horse
    • Worms
    • Phishing
    • Overwriter virus
Scam : 
  • Adalah satu penipuan atau keyakianan silap mata merupakan salah satu percubaan untuk menipu seseorang atu kumpulan dengan mendapat keyakinan mereka.
Spam :
  • Penggunaan sistem mesej elektronik untuk menghantar mesej yang tidak diminta (spam), terutama pengiklanan, dan mesej dihantar secara berulang-ulang kali pada temoat yang sama.

Hacker :

  • Seseorang yang mencari dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem komputer atau rangkaian komputer.
  • Merupakan cabang yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek intelek dan hiburan.

Phishing :

  • Cubaan untuk memperoleh maklumat yang sensetif seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit
  • Atas sebab niat yang jahat denagn menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.
Firewall :

  • Sistem keselamatan rangkaian yang meantau dan mengawal trafik rangkaian yang masuk dan keluar berdasarkan peraturan keselamatn yang telah ditetapkan.
  • Kebiasaanya menetapkan sebuah tembok  di antara rangkaian dalaman yang dipercayai dan satu lagi di luaran seperti Internet.
Disini juga saya ada sediakan video berkaitan dengan tajuk ini ;

Cara melindungi komputer :
  • Pastikan komputer dalam sistem yang terkini
  • Gunakan ferewall
  • Run antivivirus uyang ada pada komputer
  • Gunakan kekunci keselamatan
REFLEKSI :
Dalam topik ini saya belajar banyak perkara yang baru berkaitan komputer. Saya juga dapat mengetahui jenis-jenis kselamata komputer yang ada untuk digunakn. Terdapat banyak virus yang akan mengganggu sistem komputer kita dan menyebabkan komputer kita mengalami masalah. Maklumat kita juga tidak akan selamat jika sudah dicerobohi oleh golonagn yang tidak bertanggungjawab. Saya juga dapat mengetahui lebih jelas berkaitan dengan sabotaj komputer yang sering dilakuakn untuk memperdayakan kita.

Sampai disini saja, jumpa lagi :)
sekian...

Comments