PENYAMBUNGAN RANGKAIAN (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kita berjumpa lagi pada minggu ini. Pada minggu ini saya belajar mengenai penyambungan rangkaian. Dalam sesi pembeljaran pada kali ini saya diberi penerangan mengenai kabel dan perkakasan yang digunakan dalam penyambungan rangkaian. Saya akan ulaskan lebih lanjut berkaitan dengan topik ini berdasarkan pemahaman saya semasa belajar di dalam kelas dibawah ini... Jom baca :)


Apa itu rangkaian berwayar dan rangkaian tanpa wayar?? Disini saya berikan sedikit penerangan dan contoh supaya kita dapat membezakan antara rangkaian berwayar dengn rangkaian tidak berwayar.

Rangkaian Berwayar
Rangkaian Tanpa Wayar
Secara fizikalnya disambungkan menggunakan kabel
Disambung menggunakan isyarat untuk memindahkan data
Contohnya : menggunakan konvensional kabel telefon
Contohnya : Televisyen dan rangkaian radio

Sekarang saya akan terangkan berkitan dengan kabel dan jenis-jenisnya. 

Apa itu kabel ??
  • Dari pemahaman saya, kabel ialah satu medium dimana maklumat bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaina ynag lain.
  • Kebal yang digunkan juga haruslah berunsurkan logam.
Terdapat 3 jenis kabel yang biasa digunakan denagn rangkaian LAN, iaitu
  • Kabel Sepaksi (Coxial Cable)

    • Kabel yang sering digunakan dalam pemasanagn rangkaian kerana murah, ringan dan mudah dipasang.
    • Isyarat dihantar melalui kor dalam dan kor dawai dalam berbentuk dawai tebal (solid) atau terdiri daripada dawai-dawai halus (stranded).
    • Sulaman kuprum atau aluminium memberi perlindungan kepada isyarat dengan menyerap isyarat-isyarat elektronik yang tercicir.

  • Kabel Gentian Optik (Fibre Optic Cable)
    • Merupakan cara penghantaran maklumat yang terbaru dan ia dihantar dalam bentuk digital.
    • Lebih selamat kerana tidak melibatkan impuls elektrik.
    • Maklumat dan data yang dihantar melalui gentian optik tidak boleh diambil oleh pihak lain.
    • Dapat menghantar data-data dengan sanagt cepat (100 mbps hingga 200 000 mbps).

  • Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair)
    • Selalu digunakan dan terdiri daripada beberapa wayar berwarna dan berpembalut yang dipiuhkan untuk mencipta medan magnet dan seterusnya mengurangkan gangguan bising.
    • Bias terdapat 8 wayar yang membentuk empat pasangan dan disambung dengan menggunakan penyambung RJ-45 pada kedua-dua hujung.
    • Kabel UTP dan STP digunakan untuk sambungan rangakaian yang menggunakan tepologi bintang.
KABEL PASANAGN TERPIUH TAK BERTEBAT (UNSHIELDED TWISTED PAIR-UTP)
KABEL PASANGAN TERPIUH BERTEBAT (SHIELDED TWISTED PAIR-STP)








  • Merupakan kabel yang biasa digunakan dalam medium penghantaran.
  • Mempunyai 2 wayar konduktor yang disimpul bersama dan setiap satunya disaluti plastik luaran.
  • Penyambung yang biasa diguna adalah RJ-45.


  • Merupakan satu jenis kabel pasangan terpiuh dengan 4 pasang kabel yang disimpul bersama dan disaluti satu lapisan metallicfoil.
  • Metallicfoil disalut jaket luaran.
  • Lapisan melindungi talian penghantaran daripada gangguan elektromagnetik yang bocor ke dalam atal daripada kabel.
  • Sering digunakan dalam rangkaian Ethernet, terutama berkelajuan tinggi.







































Terdapat 8 perkakasan dan peralatan dalam rangkaian iaitu :

  • Fail Pelayan (File Server)
  • Stesen Kerja (Workstation)
  • Kad Antara Muka (Netork Interface Card)
  • Hab (Hub)
  • Suis (Switch)
  • Pengulang (Repeaters)
  • Jambatan (Bridges)
  • Penghala (Router)

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan perkakasan dan peralatan ini,anda boleh klik pada link yang saya sediakan dibawah ini :

PERKAKASAN DAN PERISIAN

Disini juga saya sertakan video berkaitan dengan perkakasan rangkaian tanpa wayar. Selamat menonton :)

Video Perkakasan Rangkaian Tanpa Wayar


REFLEKSI :
Hasil daripada pembelajaran pada minggu ini, saya dapat mengetahui kegunaan jenis-jenis wayar yang telah diajar. Pensyarah juga menyediakan jenis-jenis kabel ditunjukkan. Saya dapat mengetahui kegunaan setiap kabel itu juga dalam rangkaian. Saya juga diterangkan mengenai perbezaan antara rangkaian berwayar dengan rangkaian tidak berwayar. Saya dan rakan-rakan juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz yang telah disediakan secara atas talian bagi meningkatkan kefahaman kami semua mengenai topik yang telah dipelajari. 
Sekian :)

Comments