TEKNOLOGI TANPA WAYAR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Bertemu lagi kita pada minggu ini. Pada minggu ini saya belajar topik berkaitan "Teknologi Tanpa Wayar". Dalam topik ini saya belajar berkaitan jenis-jenis rangkaian tanpa wayar yang wujud, bluetooth, broadband dan sebagainya. Saya akan terangkan berkaita apa yang saya pelajari di bawah ini. 

 Apa itu Teknologi Tanpa Wayar  ??
  • Melalui pemahaman saya, ia merupakan satu cara untuk menghubungkan komputer-komputer dalam sesebuah rangkaian.
  • Rangkaian ini akan membina sebuah rangkaian yang dapat menghantar isyarat frekuensi (radio) di antara komputer-komputer untuk berkongsi mkaklumat. 
  • Data dihantar melalui gelombang udara antara peranti dan tidak menggunakan kabel fizikal.
  • Ia adalah rangkaian yang hampir serupa denagn rangkaian berwayar, perbezaannya adalah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang tertentu tanpa satu lokasi yang tetap.

Contoh-contoh teknologi tanpa wayar ialah:

  • Unit GPS
  • Pembuka pintu garaj
  • Wayarles tetikis komputer
  • Papan kekunci
  • Televisyen setelit
  • Telefon tanpa wayar

Jenis Rangkaian Teknologi Tanpa Wayar
  • Terdapat  4 jenis :
    • Wireless Wide Area Networks (WWANs)
    • Wireless Metropolitan Area Networks (WMANs)
    • Wireless Local Area Network (WLANs)
    • Wireless Personal Area Networks (WPANs)

1. Wireless Wide Area Networks (WWANs)

  • Merupakan rangkaian komputer untuk jarak yang jauh.
  • Teknologi yang biasa digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara dan benua).
  • Ia disabungkan melalui sistem telefon atau setelit.
  • Sambungan yang boleh dikekalkan dalam kawasan geografi yang besar.
  • Wan yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

2. Wireless Metropolitan Area Networks (WMANs)



  • Membolehkan pengguna untuk membuat sambungan wireless antara pelbagai lokasi di dalam kawasan metropolitan.
  • Contohnya, Bangunan pejabat sekitar kampus.
  • Tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menggantikan kabel.
3. Wireless Local Area Network (WLANs)
  • Ia merupakan sambungan daripada LAN dalam bangunan dan boleh menyediakan beberapa meter terakhir penyambungan antara rangkaian berwayar dan pengguna mudah alih.

4. Wireless Personal Area Networks (WPANs)
  • Membolehkan pengguna untuk menubuhkan ad hoc, komunikasi tanpa wayar untuk peranti seperti PDA, telefon bimbit atau komputer riba yang digunakan dalam operasi personal space (POS).
  • POS ialah ruang yang mengelilingi seseorang sehingga beberapa meter.

Teknologi Tanpa Wayar
  • Infra Red
  • IrDA
  • SWAP
  • WiFi
  • Broadband
  • Bluetooth
  • WiMax

Untuk mendapatkan huraian berkaitan teknologi ini, anda boleh klik pada link yang saya sertakan dibawah ini 


REFLEKSI :
Daripada apa yang saya pelajari pada hari ini, saya dapat mengetahui kegunaan-kegunaan teknologi tanpa wayar daripada waktu dahulu sehingga sekarang. Kebanyakannya teknologi ini telah lama membangun dan kini menjadi semakin kurang kegunaannya disebabkan wujudnya teknologi yang semakin canggih pada masa sekarang. Walaubagaimana pun, teknologi ini masih tetap boleh kita gunakan.  Malah, saya juga dapat mengetahui jenis-jenis rangkaian tanpa wayar yang wujud dan kegunaannya di kawasan-kawasan tertentu.
Sekian...

Comments