ISU-ISU SOSIAL &ETIKA SERTA HAK INTELEK ETIKA

Bismillah... Alahamdulillah.
Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita pada minggu ini :)

Pada mingu ini saya akan ceritakan berkaitan Harta Intelek. Sesi pembelajaran dijalankan dengan membauat perbincangan di atas talian. Ianya berkaitan dengan isu-isu harta intelek yang  sering terjadi pada masa kini. Disini saya akan berikan beberapa maklumat berkaitan topik ini berdasarkan hasil daripada perbincangan di dalam kelas.

Apa itu harta intelek ?
  • Merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak esklusif diakui di bawah undang-undang berkait.
  • Dibawah undang-undang Harta Intelektual, pemilik diberikan hak esklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata, seperti muzik, penulisan dan karya seni.
  • Jenis hak harta intelek termasuk :
    • hak cipta
    • cap dagangan
    • paten
    • hak reka bantuk dagangan dan rahsia perdagangan
  • Dalam bidang undang-undang harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni,mrekacipta, dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan.
  • Pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak ekslusif tertentu untuk harta intelek yang mereka ciptakan.
Dibawah ini saya akan teragkan pula berkaiatn dengan jenis-jenis harta intelek :
a) Hak cipta (copyright)

Apa yang saya pelajari :
  • Hak cipta ialah hak ekslusif yang diberikan kepada pemilik hak cipta untuk tempoh tertentu.
  • Perlindungan hak cipta Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
  • Pada masa sekarang,  Malaysia masih belum terdapat sistem pendaftaran hak cipta Malaysia.
Cara untuk mendapatkan Hak cipta :
  • Usaha yang mencukupi telah dibuat keatas karya untuk memastikan karya yang dihasilkan adalah asli.
  • Kerja yang dilakukan itu ditulis, direkod dan dijadikan sebagai satu bahan.
  • Penulis merupakan orang yang mempunyai kelayakan dan dibuat di Malaysia serta merupakan yang pertama diterbitkan.

b) Cap dagangan
Contoh cap dagangan :




Apa yang saya pelajari :
  • Cap dagangan ialah tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seseorang pedagang denagn pedagang yang lain.
  • Ia boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau gabungannya.
  • Sesuatu cap dagangan yang digunakan sebagai alat pemasaran untuk membolehkan pengguna mengenali hasil seseorang peniaga tertentu.

c) Paten
Contoh Paten :













Apa yang saya pelajari :
  • Paten ialah hak ekslusif yang diberikan terhadap suatu reka cipata, sama ada produk atau proses yang menyediakan cara yang baru untuk melakukan sesuatu, atau menawarkan penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.
  • Kebiasaanya dibeikan oleh kerajaan kepada seseorang pencipta atau pereka ciptaan yang memberikan hak sepenuhnya untuk membuat, menggunakan dan menjual rekaan tersebut dalam tempoh masa tertentu.
Saya sertakan juga video berkaitan jenis hak harta intelek dibawah ini. Selamat menonton :)


Anda boleh klik pada link ini Types of Intellectual Property rights untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

REFLEKSI :
Berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam tajuk ini saya dapat mengetahui bahawa harta intelek merupakan satu keistimewaa yang diberikan kepada mereka yang menghasilkan sesuatu ciptaan fikiran yang berlainan dan ianya diakaui dibawah undang-undang. Sebelum ini saya hanya tahu pada nama sahaja perkataan-perkataan ini, tetapi selepas mempelajari berkiatan topik ini saya dapat mengetahui kegunaannya juga. Mereka juga mempunyai hak ekslusif tertentu untuk harta intelek yang telah mereka ciptakan. Saya juga dapat mengetahui berkaitan dengan paten. Sesuatu ciptaan baru yang dihasilkan merupakan ciptaan yang dilindungi dibawah paten dan setiap perlindungan tersebut adalah sahuntuk tempoh 20 tahun.

Sekian...

Comments