APLIKASI E-MAIL

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Jumpa lagi kita pada minggu ini :).
Seperti biasa saya akan berkongsi ilmu yang telah saya pelajari pada minggu ini. Topiknya adalah mengenai aplikasi e-mail. Email sangat biasa kita dengar pada masa sekarang. Hal ini kerana teknologi bagaikan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita hari ini. Dengan adanya teknologi kita semua dapat pastinya memiliki e-mail dan dapat menggunakannya dalam menghantar dokumen dan sebagainya mahupun secara rasmi atau tidak. E-mail bagaikan satu yang mempunyai kepentingan pada setiap orang pada hari ini tidak kira pada golongan muda ataupun golongan tua. Saya akan ulas dan menceritakkan berkenaan topik ini dengan lebih banyak di bawah ini.. Teruskan membaca yea.. :)

Apakah e-mail??
  • E-mail merupakan singkatan dari perkataan Elektronik Mel surat elektronik yang menghantar fail melalui rangkaian kompter.
  • E-mail merupakan sesuatu aplikasi internet yang paling banyak digunakan dalam hal surat-menyurat kerana ia merupakan alat komunikasi yang murah, cepat dan efisien. 
  • E-mail yang dihantar juga akan sampai ke alamat yang hendak dituju dalam jangka masa yang sangat singkat.

Saya juga turut diterangkan berkaitan kebaikan dan keburukan e-mail ini, antaranya :

KEBAIKAN
KELEMAHAN
Komunikasi berlaku dengan lebih cepat.
Email yang dihantar kurang privasi.
Perkhidmatan yang lebih cekap dalam menghantar maklumat.
 Penggunaan kata yang tidak sesuai menyebabkan berlakunya salah faham.
 Maklumat dapat dihantar dengan serta merta dan dimana-mana sahaja.
 Terlalu banyak maklumat yang dihantar sehingga peti masuk e-mail sarat.
Dapt menjimatkan kos kerana kos untuk mengekalkan sistem adalah rendah.
Banyak masa yang diperuntukan untuk menyemak mesej dan membuang mesej. 
 Mudah untuk memberikan keutamaan mesej.
 E-mail yang dihantar diragui kesahihannya.
 Tahap keselamatan dalam menghantar e-mail adalah tinggi.

 Boleh menguruskan semua surat-menyurat di skrin.


Dalam menggunakan e-mail, kita perlu tahu asas-asas sebelum menggunakna email tersebut. Kita perlu mendaftar alamat e-mail kita perlu tahu siapakah penerima yang akan menerima e-mail yang kita hantar.

Perisian e-mail (pelanggan) melibatkan :
  • Pelanggan grafik (mesra pengguna)
  • Contohnya :
    • Microsoft outlook
    • Thunderbird
    • Netscape Mail
    • Mod teks (UNIX - pelayan mail dan pelayan logik

Perisian e-mail (pelayan) melibatkan :
  • Memasang pelayan mail pada Linux/ Unix atau Windows Platform.
Dalam topik ini saya juga mempelajari berkaitan dengan Cc dan Bcc yang terdapat pada e-mail. Apakah itu Cc dan Bcc ??

Cc 
- Merupakan singkatan bagi carbon copy.
- Menghantar mesej kepada lebih daripada stu penerima, semua peberima dapat melihat senarai alamat e-mail yang telah dihantar.

Bcc
- Bcc pula merupakan sngkatan daipada blank carbon copy.
- Alamat e-mail tidak dapt dilihat oleh penerima.
Kebiasaannya digunakan untuk menghantar e-mail kepada kumpulan yang besar dan ramai dan mereka tidak tahu dan tidak kenal.
- Hanya pengirim dan penerima e-mail sahaja yang mengetahui.

Dibawah ini saya akan sertakan video berkaitan Cara E-mail bekerja. Bagi meningkatkan pemahaman anda, boleh lihat video ini.
Video Cara E-mail Bekerja

Terdapart 3 cara e-mail bekerja iaitu :
  • SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)
  • POP (Post Office Protocol)
  • IMAP (Internet Message Access Protocol)
Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas, anda boleh klik link dan video dibawah ini untuk mengetahuinya dengan lebih terperinci.




Video SMTP vs IMAP vs POP3

 Kebanyakan e-mail yang kita terima tidak diketahui siapa penghantarnya. E-mail tersebut berkemungkinan mempunyai virus yang boleh memberi kesan kepada perisian dan perkakasan komputer menjadi tidak dapat berfungsi. Terdapat banyak virus yang sering menghantar e-mail kepada kita. Contohnya, virus "Melissa". Apabila berlaku sedemikian, kita tidak dapat mengakases peti masuk pesanan yang kita terima. 

 SPAM ialah penerimaan mesej yang sama secara berulang kali.


REFLEKSI :
Berdasarkan apa yang telah saya pelajari pada minggu ini ialah saya dapat mengetahui lebih banyak perkara yang berkaitan dengan e-mail. Antaranya , kelebihan dan kelemahan dalam penggunaan e-mail, SMTT, IMAP, POP3, virus dan sebagainya. Ini merupakan sesuatu ynag baru telah saya pelajari. Saya dapat mengetahui cara e-mail bekerja, Cc dan Bcc yang terdapat pada e-mail juga tidak saya ketahui kewujudannya sebelum ini. Apatah lagi kegunaannya. Saya dapat mengetahui cara-cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dan saya agak teruja apabila mengetahuinya. Sebelum ini juga saya tidak pernah mengetahui berkaitan dengan POP3, SMTP dan IMAP. Hasil daripada pembelajaran tersebut saya dapatmempelajari dan  mengetahui seuatu yang baru.

Sekian :)

Comments