KOMUNIKASI DATA

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ini topik yang saya pelajari adalah berkaitan dengan komunikasi data. Berdasarkan apa yang dipelajari, saya dapat mengetahui apa itu sebenarnya data komunikasi. Sebelum mempelajari topik ini saya agak pelik juga dengan tajuknya, kerana kita tidak pernah terfikir pun bagaimana komunikasi data itu bergerak. Tetapi apabila saya belajar sedikit demi sedikit saya dapat mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan topik ini. Apa itu komunikasi data, jenis isyarat yang digunakan, bagaimana penghantaran data berlaku  dan sebagainya. Dibawah ini saya akan jelaskan satu per satu berdasarkan apa yang saya faham dengan apa yang saya pelajari dalam topik ini. Berdasarkan apa yang saya fahami :


Data adalah :
  • Data mentah yang telah diproses, disusun, disimpan dan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat.
  • Data-data yang telah dikumpulkan akan menjadi maklumat.

Komunikasi data pula adalah :
  • Satu proses mengubah maklumat dalam bentuk data digital (binary) di anatara dua peranti atau lebih peranti yang menggunakan sistem penghantaran elektronik.
  • Data ini boleh dihantar dmelalui pelbagai medium penghantaran seperti wayar, kabel , gentian fibre atau dipancarkan melalui gelombang elektromagnet seperti radio penyiaran, cahaya inframerah dan sebagainya.

Berdasarkan apa yang saya fahami, data komunikasi datang dalam pelbagai bentuk. Semua jenis maklumat perlu diubahsuai kepada isyarat (signal) yang boleh difahami oleh media komunikasi untuk menghantar data dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Terdapat 2 jenis pembentukan data iaitu :
  • Isyarat analog
  • Isyarat digital
Isyarat Analog
Isyarat Digital



Berterusan dalam tahap voltan yang berbeza-beza yang mewujudkan gelombnag oleh pemancar analog seperti mikrofon.
Penghantaran elektrik atau cahaya binary yang hanya mempunyai dua bit iaitu 0 dan 1 (bahasa computer). Format untuk komunikasi elektronik.

Disamapaikan dalam gelombang sinus.
Disampaikan dalam bentuk gelombang persegi.
Kekerapan adalah bilangan kitaran gelombang yang lengkap dan diukur dalam Hertz (Hz), yang merupakan kitaran sesaat. 
Isyarat 1s dan 0s boleh dihantar oleh satu siri isyarat “on/off” yang diwakili oleh denyutan elektrik/cahaya.
Amplitud adalah ketinggian gelombang yang diukur dalam voltan (V) atau desibel (dB). Isyarat yang kuat akan mewujudkan amplitud yang lebih tinggi.
Proses penghantaran atau perubahan analog kepada isyarat digital (modulasi) dan digital kepada isyarat analog (penyahmodulasi)

























Terdapat beberapa jenis mod penghantaran data yang saya pelajari iaitu :
  • Penghantaran Selari
    • Data dihantar sekurang-kurangnya satu bit (byte) pada satu masa, setiap bit dalam bait (byte) mengambil jalan berasingan.
    • Sekumpulan bit dihantar serentak dengan menggunakan garis berasingan bagi setiap bit.
  • Penghantaran siri
    • Data yang dihantar satu bit pada satu masa, satu demi satu yang panjang menggunakan jalan tunggal. 
    • Lebih perlahan berbanding dengan penghantaran selari.
    • Digunakan untuk komunikasi pendek seperti komputer untuk mesin pencetak.


Dalam mod penghantaran siri pula terdapat 3 siri penghantaran iaitu penghantaran segerak (synchronous transmission), penghantaran tak segerak (asynchronous transmission) dan  isochronous transmission.Saya sertakan video mengenai mod penghantaran data ini untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.


Video berkaitan Mod Penghantaran Data

Arah penghantaran data yang saya pelajari terdapat 3 iaitu:

1. Simplex
- Ia merupakan komunikasi satu arah.
- Berperanan sebagai pemancar dan penerima tetap.
-Contohnya, radio menghantar isyarat kepada pendengar dan pendengar tidak boleh memberi maklum balas.

2.Half Duplex
- Ia merupakan komunikasi dua hala.
- Komunikasi dilakukan bukan pada masa yang sama.
- Satu stesen akan menghantar maklumat ke stesen yang lain tannpa gangguan.
- Contohnya, walkie-talkie.

3. Full Duplex
-Data boleh dihantar kedua-dua arah pada masa yang sama.
- Kedua-dua stesen boleh menerima secara serentak.
Contohnya, telefon.

Disini saya sertakan video berkaitan dengan penempatan data. Selamat menonton :)


Video berkaitan Penempatan Data


REFLEKSI :
Apa yang saya dapat daripaa hasil pembelajaran pada minggu ini ialah saya dapat mengetahaui jenis-jenis isyarat yang digunakan untuk menghantar data. Contohnya, analog dan digital. Saya juga dapat mengetahui mod-mod dalam menghantar data yang digunakan dalam menghantar data. Siri mod penghantaran data yang saya pelajari ialah penghantaran segerak, penghantaran tak segerak dan penghantaran isokronos. Saya juga dapat mengetahui bagaimana berlakunya arah pengaliran data yang digunakan dalam komunikasi data. Ini merupakan suatu perkara baru yang saya pelajari berkaitan tajuk ini.
Sekian...

Comments