INFRASTRUKTUR INTERNET

Bismillah.. Alhamdulillah.
Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita pada minggu ini.

Minggu ini saya belajar topik berkaitan infrastuktur internet. Semasa sesi pembelajaran kali ini, saya dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan internet. Masih banyak lagi perkara yang saya tidak tahu mengenai internet. Dengan adanya topik ini saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam topik ini.

Internet ialah singkatan perkataan bahasa Inggeris 'internetwork' iaitu rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala huruf I besar ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebaga protokol paket. Rangkaian internet yang terbesar dinamakan internet. Cara menghubungkannya dengan kaedah ini dinamakan internetworking.


Apa itu internet protokol ?
  • Protokol yang menyalurkan datagram ke saluran yang tertentu dengan harapan ia akan sampai ke destinasinya.
  • Fungsi penghalaan ini membolehkan antara rangkaian pada dasarya mewujudkan internet.
  • Setiap mesin di internet mempunyai nombor unik mengenal pasti dan ia dipanggil alamat IP.

Alamat IP terdiri daripada 32 bit, yang ditunjukkan sebagai 4 oktet nombor 0-255

161.139.52.254
161 : Area or location of network (eg. UTM)
139 : Server no
52 : Division/unit no (FP, FKM etc)
254 : Computer no

Saya juga telah belajar berkaitan jenis-jenis sambungan internet, antaranya :
-Sambungan dail
-Kabel
-Jalur lebar
-Akses internet setelit
-Wireless tetap
-Wireless mdah alih

Sambungan dail
  • Digunakan dail up modem konvensional disambungkan kepada bicu  tetefon standard dengan kabel pasangan tetap terpiuh.
  • Biasanya digunakan dengan komputer rumah.

Kabel
  • Digunakan sambungan terus.
  • Biasanya digunakan di pejabat

Ini sahaja perkongsian saya pada kali ini, Sekian....

Comments