INTERNET & APLIKASINYA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Pada minggu ini saya mempelajari topik berkaitan dengan aplikasi internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat kita gunakan untuk membantu kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan internet. Saya akan jelaskan dengan lebih terperinci berkaiatna topik ini di bawah.


Maksud Internet 
  • Seperti yang kita ketahui, internet merupakan singkatan bagi Internetwork.
  • Ia merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet.
  • Anatara kegunaannya ialah untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Manfaat Internet

1. Sebagai sumber maklumat yang tidak terbatas kepada kita.
  • Internet merupakan sumber maklumat yang sangat luas kerana jumlahnya tidak terbatas.
  • Pengguna dapat mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan  untuk mengetahui dengan lebih jelas.
  • Berita-berita terkininjuga dapat diketahui hanya dalam masa beberapa saat sahaja melalui berbagai sumber Internet antaranya Berita Harian,Star dan Kosmo.

2.Sebagai media komunikasi yang berkesan kepada kita.
  • Merupakan media komunikasi yang sangat murah. Kita dapat menghantar maklumat ke seluruh dunia dala jangka masa yang singkat.
  • Menggunakan email kita dapat menghantar meklumat kepada seseorang.
  • Kita dapat berkomunikasi dengan menggunaknaaplikasi chatting dan video conference yang terdapat di internet seperti Skype dan Yahoo Messanger.

3. Sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan bahasa.
  • Membantu dalam mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Mandarin,Tamil dan sebagainya.
  • Contohnya menggunakan "google translate".

Klik link ini http://informasiana.com/manfaat-internet-dalam-kehidupan-manusia/# untuk mendapatkan lebih banyak lagi manfaat dalam penggunaan internet.

Aplikasi Internet dalam (P&P)
  • Merupakan istilah untuk menyebut sesebuah jarinagn dan ia bukanlah suatu apliksi kerana tidak memiliki manfaat apa-apa jika tidak memiliki apliksi yang sesuai.
  • Dalam topik ini, kita juga dapat menggunakan aplikasi seperti E-learning, MOOC dan lain-lain.

Internet juga menawarkan banyak aplikasi yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :
  • Komunikasi
  • Media sosial
  • Membuat blog 
  • Mikroblog
  • Penyelidikan
  • Pendaftara kursus secara percuma

Komunikasi
  • Pelajar dapat menggunakan komunikasi tak segerak dan segerak dalam proses pengajaran dalan pembelajaran dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

  • Terdapat 2 kaedah untuk berkomunikasi di internet iaitu ;
    • Asynchronous (tak segerak)
    • Synchronous (segerak)


Dibawah ini saya sertakan juga perbezaan antara 2 komunikasi ini.

Tak Segerak (Asynchronous)
Segerak (Synchronous)
Komuniksi berlaku bukan pada waktu yang sama
Komunikasi berlaku pada waktu yang sama
Perbincangan yang dilakukan secara atas talian
Perbincangan dilakukan secara bekerjasama
Contohnya forum perbincangan dan e-mail
Contohnya, Skype
Mempunyai masa untuk berfikir mengenai maklumat yang ingin disampaikan
Perbualan secara langung dan tidak mempunyai masa untuk mengakses sesuatu maklumat
Dapat membantu pelajar dalam mencari maklumat dan idea yang baik
Membenarkan pengguna untuk meneroka melalui penulisan atau percakapan
Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
Masa yang digunakan adalah singkat

Disini saya sertakan juga video yang berkaitan dengan komunikasi Asynchronous dan Synchronous.


Video berkaitan Komunikasi Asynchronous dan Synchronous

Saya juga mempelajari aplikasi-aplikasi lain dapat dapat kita gunakan dalam mengakses internet seperti :

  • MOOC, SPOC, NOOC
  • Rangkaian sosial seperti Facebook
  • Blogger, Mikroblogger
  • IPTV /Web seperti Youtube, UTMotion, Teachertube
  • Podcast

Saya sertakan juga 10 contoh aplikasi internet yang lain yang dapat kita gunakan dalam proses P&P :

1. E-mail/ elektronik mail
2. Mailing List
3. World Wide Web (www)
4. Aplikasi P2P
5. Internet Broadcast
6.Google Drive
7. Remote Login
8. File Transfer Protocol / FTP
9.Youtube
10. Facebook

Untuk mendapatkan huraian yang lebih jelas klik link di bawah.


REFLEKSI :
Berdasarkan apa yang telah dipelajari pada minggu ini, saya memperleh pelbagai pengetahuan dan semakin lama saya belajar dalam subjek ini semakin banyak pengalaman yang dapat saya timba. Saya juga dapat mengetahui lebih banyak aplikasi internet yang wujud dan ia juga boleh membantu dalam proes pengajaran dan pembelajaran. Antaranya World Wide Web (www). Ia merupakan sesuatu yang sangat pemting untuk mengakses internet. Melalui youtube juga kita saya dapat mengakses banyak video-video yang berkaitan dengan pelajaran dalam mendapatkan maklumat. Saya dan rakan-rakan kelas juga diberikan tugasan untuk memilih satu aplikasi yang dapat membantu dalam proses pengajaran dn pembelajaran dan menghuraikannya. Denagn adanya tugasan sebegini, kami akan lebih berusaha dalam mencari maklumat untuk mengetahui sesuatu perkara yang baru dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Sekian :)

Comments