TELEKOMUNIKASI & RANGKAIAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Saya Noor Aqilah binti Fadhil, berasal dari Baling, Kedah. Saya merupakan pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Blog ini merupakan blog untuk refleksi saya sepanjang saya belajar  subjek Teknologi Maklumat dan Rangkaian. Apa yang saya harapkan dari kelas teknologi maklumat dan telekomunikasi ialah saya dapat mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang sebelum ini saya tidak tahu langsung untuk menggunakannya. Saya juga berharap saya dapat mengetahui semua maklumat yang tidak pernah saya ketahui agar saya tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Tambahan pula, teknologi pada masa kini semakin hari semakin canggih dan makin mencabar kepada guru-guru terutamanya kepada bakal guru baru seperti saya. Hal ini kerana, proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini kebanyakannya berasakan kepada teknologi. Pada alaf baru ini, saya sebagai seorang bakal guru seharusnya mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan dengan bidang IT berbanding dengan murid-murid. Sistem ini sangat penting untuk memastikan murid-murid dapat mengetahui perkembangan semasa yang berlaku agar merekan tidak ketinggalan ke belakang. Saya harap sangat saya dapat timba lebih banyak lagi pengetahuan dalam subjek ini, bukan hanya untuk mengajar malah untuk diaplikasikan untuk diri saya juga pada masa kini dan masa akan datang.



Topik yang saya pelajari pada minggu ini ialah pengenalan terhadap komunikasi. Dalam topik ini saya pelajari banyak perkara antaranya komunikasi, telekomunikasi, proses, sejarah komunikasi, serta elemen-elemen yang diperlukan dalam menggunakannya. Apa yang saya ketahui komunikasi dan telekomunikasi merupakan sesuatu yang berbeza. Berdasarkan apa yang saya fahami :


Komunikasi adalah :
  • Satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan yang lain.
  • Ia juga merupakan proses interaksi antara hidupan dan merangkumi dua aepek berikut, iaitu :
    • Perbuatan menghantar maklumat
    • Proses untuk bertukar maksud
  • Komunikasi boleh dalam bentuk lisan dan bukan lisan.
  • Contohnya, bahasa isyarat, bahasa gerak geri, hubungan mata, sentuhan dan penulisan.
Telekomunikasi adalah :
  • Komunikasi jarak jauh sama ada satu hala atau dua hala.
  • Contohnya, menggunakan telefon, televisyen, radio, komputer dan lain-lain.
  • Supaya maklumat yang disampaikan kepada seseorang dapat diterima dengan baik dan jelas.
  • Maklumat yang dihantar juga dapat mrnggunakan medium penghantaran gelombang dan sebagainya.
Proses berkomuikasi akan berlaku dengan adanya 5 peringkat berikut :


Rajah : Proses Komunkasi

Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, saya sertakan video bagaimana proses komunikasi berlaku di bawah ini. Selamat menonton :)


Video : Proses Komunikasi

Saya dan rakan-rakan kelas juga disuruh untuk mencari maklumat tentang sejarah teknologi komunikasi dan teknologi komputer.

Teknologi komunikasi adalah :
  • Alat (hardware) dalam sesebuah struktur organisasi yang mengandungi nilai-nilai sosial yang memungkinkan setiap individu mengumpulkan, memproses dan saling tukar informasi dengan individu yang lain.

Teknologi komputer adalah :
  • Alat elektronik yang terdiri dari rangkaian komponen yang terintergrasi dan melaksanakan suatu tugas bersdasarkan data.
  • Contohnya, komputer merangkumi keyboard, monitor, skrin dan CPU.
Disini saya sertakan link dan video berkaitan dengan sejarah teknologi komunikasi. Untuk mengetahui sejarah teknologi ini anda boleh klik pada link dann lihat video yang saya diberikan dibawah ini.



Video : Sejarah Teknologi Komunikasi

Elemen Komputer dan Teknologi Komunikasi :
  1. Manusia (people)
  2. Prosedur (procedure)
  3. Data / Maklumat (data/information)
  4. Perkakasan (hardware)
  5. Perisian (software)
  6. Komunikasi / Sambungan (communication/connectivity)

REFLEKSI :
Berdasarkan apa yang dipelajari daripada topik ini, saya dapat belajar banyak perkara baru berkaitan dengan telekomunikasi. Tambahan pula teknologi pada masa sekarang yang semakin canggih memerlukan saya memiliki ilmu-ilmu sebagini agar mudah untuk diaplikasi pada masa hadapan. Teknologi juga bukanlah hanya untuk belajar semata-mata, bagi saya ia perlu digunakan dalam kehidupan agar kita tidak terus ketinggalan ke belakang. Saya juga dapat mengetahui bagaimana sesuatu proses komunikasi itu berlaku dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sejarah kewujudan telekomunikasi juga saya dapat ketahui apabila saya mempelajari subjek ini. Saya juga dapat mengenali alat-alat telekomunikasi dengan lebih banyak dimana sebelum ini saya tiak mengetahui apa namanya, dan kegunaannya. Dengan menggunakan alatalat telekomunikasi pada masa kini kita bukan hanya dapat berkomunikasi malah kita dapat menggunakannya lebih dari itu dalam mendapatkan sesuatu maklumat.

Setakat ini sahaja blog saya pada minggu ini. Selamat membaca. Terima kasih :)


Comments