Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada minggu ini, saya telah mempelajari berkaitan dengan rangkaian komputer. Dalam topik ini saya mempelajari banyak perkara baru antaranya jenis-jenis rangkaian seperti LAN, MAN dan WAN, komponen yang diperlukan dalam rangkaian dan topologi rangkaian yang dapat digunakan. Berdasarkan apa yang sya pelajari daripada topik ini, saya dapat mengetahui banyak perkara baru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Saya juga dapat mengenalpasti jenis-jenis rangkaian yang digunakan di sesuatu kawasan. Saya juga dapat mengetahui dimanakah tempat yang sesuai untuk menggunakan jenis-jenis rangkaian tersebut. Topologi rangkaian yang digunakan untuk sesuatu tempat juga dapat saya pelajari dengan jelas seperti Linear bus, ring, star, hybrid dan mesh. Saya akan jelaskan dengan lebih berkaitan dengan topik ini di bawah. Berdasarkan apa saya faham :
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada minggu ini, saya telah mempelajari berkaitan dengan rangkaian komputer. Dalam topik ini saya mempelajari banyak perkara baru antaranya jenis-jenis rangkaian seperti LAN, MAN dan WAN, komponen yang diperlukan dalam rangkaian dan topologi rangkaian yang dapat digunakan. Berdasarkan apa yang sya pelajari daripada topik ini, saya dapat mengetahui banyak perkara baru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Saya juga dapat mengenalpasti jenis-jenis rangkaian yang digunakan di sesuatu kawasan. Saya juga dapat mengetahui dimanakah tempat yang sesuai untuk menggunakan jenis-jenis rangkaian tersebut. Topologi rangkaian yang digunakan untuk sesuatu tempat juga dapat saya pelajari dengan jelas seperti Linear bus, ring, star, hybrid dan mesh. Saya akan jelaskan dengan lebih berkaitan dengan topik ini di bawah. Berdasarkan apa saya faham :
Rangkaian komputer adalah :
- Sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapoi disambung melalui operasinya.
- Sistem komputer yang mempunyai dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya walaupun komputer tersebut berada di tempat yang jauh.
- Ia menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan infra merah.
Jenis-jenis rangkaian adalah bergantung kepada kawasan geografi. Terdapat 3 jenis rangkaian yang saya pelajari iaitu :
1. LAN (Local Area Network)
-Merupakan rangkaian setempat.
-Terhad kepada batasan geografi geografi yang kecil.
- Menghubunkan beberapa komputer (PC) anataara satu sama lain dengan kerangka komputer utama atau komputer mini dalam satu kawasan yang agak kecil.
- Mempunyai stesen kerja yang disambungkan kepada server.
- Ia disambungkan melalui kabel-kabel dan biasanya rangkaian ini digunakan dalam satu kawasan tetentu seperti makmal komputer sekolah, perpustakaan dan pejabat.
2. MAN (Metropolitan Area Network)
- Rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang lebih besar berbanding LAN.
- Biasanya di bandar, daerah atau gabunagn beberapa buah sekolah.
- Boleh dihubungkan dan disambung melalui kabel atau talian telefon.
- Maklumat dapat disebarkan dengan meluas, ceoat dan berkesan.
- Contohnya, sambunagn anatara pejabat-pejabat kerajaan dengan agensi-agensi lain seperti JPJ dengan Pejabat Polis Trafik dalam bandar yang sama.
3.WAN (Wide Area Network)
- Rangkaian yang menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN.
- Biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas antara bandar, negeri atau negara di bumi.
- Dihubungkan melalui talian-talian telefon, kabel gentian optik dan komunikasi satelit.
- Kebiasannya disambungkan melibatkan syarikat telekomunikasi terkemuka dunia seperti Internet, dan Microsoft Network.
- Contohnya,, pengguna Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat yang terdapat di Singapura.
Saya sertakan juga video di bawah ini untuk menunujukkan bagaimana jenis-jenis rangkaian ini bekerja.
.
Video berkaitan Jenis-jenis Rangkaian
Dalam ssistem rangkaian komputer ini, saya turut mempelajari komponen-komponen asas yang terdapat dalam internet. Komponen ini merupakan elemen yang sangat penting antara satu sama lain bagi memastikan sistem rangkaian dapat digunakan dengan baik. Maklumatyang lebih jelas saya akan jelaskan dibawah ini. Antaranya ialah :
1. Hot / End Nodes
- Ia merujuk kepada sumber dan destinasi data.
- Contohnya, komputer peribadi, terminal dan stesen kerja.
2. Penghantaran Media
- Untuk penghantaran data dan isyarat kawalan.
- Bertanggungjawab untuk menghantar elektrik atau isyarat melaui media yang spesifik.
- Ia boleh terikat (berwayar) atau tidak terikat (wayarless) dengan media.
3. Rangkaian Peranti Elektronik
- Bertanggungjawab untuk mengawal data dari sumber ke destinasi.
- Menyambungkan pelbagai rangkaian bersama-sama kepada rangkaian internet.
- Contohnya, router, suis dan hub.
4. Perisian / Aplikasi
- Diperlukan untuk mengawal penghantaran data.
- Memastikan data dihantar ke destinasi yang betul.
5. Standard Seni Bina Rangkaian dan Pebangunan Protokol
- Dalam standard ini rangkain tindakan yang akan menentukan bagaimana peranti boleh disambungkan dan bagaimana ia boleh berkomunikasi.
Seni bina rangkaian adalah merupakan reka bentuk komputer dan sistem komunikasi yang digunakan. Ianya termasuklah penggunaan tranmisi, perisian dan protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat 2 jenis seni bina rangkaian iaitu :
Pengguna-ke-Pelayan (Client-to-Server)
Rakan-ke-Rakan (Peer-to-Peer)
Klik link video dibawah ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan seni bina rangkaian.
Topologi rangkaian merupakan penyusunan elemen rangkaian dalam penyambungan antara rangkaian fizikal dan judga logikal. Topologi fizikal terbahagi kepada 5 jenis antaranya "bas (bus), cincin (ring), bintang(star), tree/hybrid dan mesh". Manakala dalam topologi logikal pula terdapat 2 jenis iaitu "perkongsian media topologi dan topologi berasaskan token". Topologi rangkaian secara fizikal merupakan sistem berkomunikasi yang melintasi topologi fizikal.
Topologi Fizikal
Topologi Fizikal
- Topologi Bas (Bus)
- Juga dikenali sebagai linear bas dan merupakan topologi paling mudah.
- Terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dala rangkaian satu barisan.
- Kelebihan - apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
- Kekurangan - Apabila (backbone) rosak, seluruh rangkaian terjejas.
- Topologi Cincin (Ring)
- Nod disambungkan dengan 2 nod yang lain membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.
- Data akan melalui dari setiap nod ke nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
- Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam?lawan jam)
- Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B,C,D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat dihantar.
- Topologi Bintang (Star)
- Topologi bintang merupakan bentuk topologi jaring di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
- Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
- Topologi Tree / Hybrid
- Merupakan gabunagn ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
- Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi.
- Kebanyakan sumber ditempatkan di pelayan (server).
- Topologi Mesh
- Komputer mempunyai sambungan fizikal dengan yang lain.
- Rangkaian mesh adalah WAN (seperti internrt) atau LAN yang dibahagikan dalam pelbagai subnet, router membuat keputusan mengenai laluan yang akan digunakan.
- Dipilih laluan yang paling berkesan.
Bagi memudahkan untuk memahami berkaitan dengan topologi rangkaian ini saya sertakan video berkaitan dengan topologi fizikal dan juga logikal. Selamat menonton :)
Video berkaitan topologi logikal
Video berkaitan topologi fizikal dan logikal
REFLEKSI :
Daripada apa yang dipelajari dalam topik ini saya dapat mengetahui jenis-jenis rangkaian ada dan tempat-tempat yang sesuai untuk digunakan. Saya juga mempelajari bagaimana sesuatu topologi rangkaian itu digunakan. Saya dan rakan-rakan juga diberitugasan untuk menghasilkan beberapa jenis topologi rangkaian yang ada denagn menggunakan tali dan kertas. Dengan adanya aktiviti seperti ini menjadikan saya lebih memahami setiap penerangan dalam setiap topologi ini. Kami juga menjadi lebih bersemangat dengan adanya aktiviti sebegini, malahan ia dapat memudahkan saya dan rakan-rakan dalam memahami topik ini.
Sekian.... :)
Comments
Post a Comment